Sunday, December 13, 2009

Cara Nak Kerja Offshore...




 
Ramai juga yang bertanya pada saya tentang kerja offshore ni. Maklumat ni aku dapat dari Offshoreman.com

Dan salinan di bawah ni adalah apa yang aku dapat dari penulis website tersebut. Jadi aku salin semula di sini untuk memudahkan anda memahami secara terperinci mengenai kerja Offshore ini.

Pembaca dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri dan menjadikan artikel ini hanya sebagai panduan umum.

You May Freely Distribute This Special Article To The Clueless


Bagaimana Nak Kerja Offshore Oil & Gas ?

Soalan 1 : Bagaimana nak dapatkan kerja offshore Oil & Gas?
Soalan 2 : Berapa banyak gaji yang dibayar?
Soalan 3 : Kerja bagaimana, 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ke?
Soalan 4 : Selain Petronas dan Shell syarikat apa lagi yang provide kerja offshore?



Soalan 1 : Bagaimana nak dapatkan kerja Offshore Oil & Gas ?


Ada Macam-macam jawatan kerja. 
Drp yg tak memerlukan kelulusan apa-apa, hinggalah ke Specialist

Proses mendapatkan kerja sebenarnya sama dengan industri lain, hantar resume, interview, orang dalam, cable kroni dan lain-lain. Persoalan yang sebenarnya ialah; kebanyakan orang tidak mengetahui syarikat-syarikat yang menawarkan kerja offshore ini. Yang orang ramai tahu hanya Petronas, Shell, Esso … atau lebih tepat lagi ‘stesen minyak’.

Sebenarnya ada beribu-ribu syarikat yang terlibat dengan Offshore Oil & Gas ini. Anda boleh mendapatkan direktori syarikat berkenaan dengan click sini. Dari direktori ini anda boleh melihat pelbagai jenis jawatan yang ditawarkan berdasarkan pelbagai tahap kelayakan.

Telefonlah, dan hantarlah resume sekiranya ada kekosongan…
(Cara ini adalah yang paling standard dan memerlukan luck yang tinggi untuk berjaya he he he)

Jadi Bagaimana ? Alternatifnya: 

Step pertama : pohonlah posisi kerja yang mungkin tidak memerlukan anda pergi offshore di syarikat berkenaan.

Step kedua : Bina network anda dengan berkenalan dengan vendor-vendor dan orang-orang syarikat-syarikat lain, kenali industri dengan lebih rapat dan berpindahlah ke syarikat lain yang lebih baik atau tawarkan diri untuk bertukar ke jabatan dlm syarikat yang terlibat terus dengan kerja offshore…

Rasanya ada banyak cara lain lagi. Carilah forum-forum di internet yang membincangkan soal ini. Di Offshoreman.com saya telah membuka satu forum dalam bahasa Malaysia khas untuk membincangkan soal ini. Gunakan ia sepenuhnya… Lagipun Ianya PERCUMA !


Soalan 2 : Berapa banyak gaji yang dibayar?


(Diver: Antara yang dibayar paling mahal. Sekitar USD250 sehari)


Part ni yang best, sebab sememangnya gaji lebih sedikit kerana ada elaun offshore. Selain itu, ketika bekerja di offshore segala-galanya di tanggung, dari makan hingga le ke tidur. Dan perbelanjaan pun kurang kerana tidak ada peluang untuk membeli belah atau sebagainya. Dan ada banyak lagi faktor lain.

Atau cuba lihat dari sudut lain, harga minyak naik… industri lain jelas terjejas juga, tapi sudah tentu industri oil & gas booming! Jadi rasanya tidak salah kalau saya katakan, industri ini adalah antara industry yang stabil.

Soalan 3 : Kerja bagaimana, 2 minggu offshore 
dan kemudian 2 minggu cuti ke?

Ini satu lagi soalan yang menunjukkan kurangnya pengetahuan orang ramai tentang industri oil & gas. Selalunya kerja 2 minggu offshore dan kemudian 2 minggu cuti ni untuk Client sahaja… yang dimaksudkan Client tu ialah, Petronas, Shell, Esso dan lain lain. Ada juga subcontractor yang terikat dengan syarat ini. Tapi untuk lebih jelas lagi, kerja offshore duduk laut boleh mencecah sehingga 60 ke 90 hari tak balik-balik. Semuanya ini tertakluk kepada syarat yg dikenakan oleh client.

Tentang cuti pula, kalau di Malaysia ni, client dapat 1:1 iaitu sehari offshore sehari cuti darat. Dari situ lah datangnya 2 minggu offshore, 2 minggu cuti. Ada juga yang beri 7:2. Maksudnya 7 hari offshore, 2 hari cuti darat. Dan semua ini juga tertakluk kepada kontrak yang dipersetujui antara pekerja & majikan. Di Negara maju, ada yang menawarkan 1:2. Maksudnya, sehari offshore 2 hari cuti…

Soalan 4 : Selain Petronas dan Shell syarikat apa lagi yang provide kerja offshore?

Soalan ni memang antara yang paling glamour ditanya. Seperti yang saya katakan tadi, Orang ramai hanya kenal company ‘stesen minyak’. Klick Direktori ini. Disini anda akan menemui pelbagai jenis syarikat yang terlibat dengan Offshore Oil & Gas.

AKAN TETAPI …

Ya… akan tetapi … Ada juga kekurangan dia.
Berikut ialah beberapa daripadanya, sekiranya ada sanggup menghadapi, bolehlah kerja offshore.


1. Anda sanggup meninggalkan keluarga sehingga 60 hari?... 
2. Kerja tak tentu masa, paling kurang 12 jam per shift… 
3. Kerja dengan ikatan kontrak, maksudnya bukan bekerja tetap. 
    Kontrak selalunya dari sebulan    sehingga 2 tahun untuk satu terma. 
4. Anda bersedia untuk tidak mempunyai kerja jika syarikat tidak mendapat projek…?

Hemm… 4 perkara di atas nampak macam susah. Tapi bila anda sudah berada dalam industri ini, Dah kenal orang, dah ada reputasi, rasanya tidak menjadi masalah.

OK sampai di sini sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, lawat Offshoreman.com.

Dapatkan segala maklumat tentang industri Oil & Gas di Offshoreman.com. Penulis adalah seorang pekerja industri Oil & Gas dan boleh dihubungi di webmaster@offshoreman.com.

(Penulis adalah seorang pekerja industri Oil & Gas dan boleh dihubungi di webmaster@offshoreman.com. Pembaca dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri dan menjadikan artikel ini hanya sebagai panduan umum). You May Freely Distribute This Special Article To The Clueless

No comments:

Post a Comment

Post a Comment